Yuran keahlian KBKK terbahagi kepada 3 kategori utama, iaitu;

 

(a)   Yuran Kemasukan atau pendaftaran;

(b)   Yuran Bulanan;

(c)    Yuran tahunan.


 

 YURAN KEMASUKAN ATAU PENDAFTARAN

 

(a)    Yuran permulaan bagi menjadi ahli kelab adalah sebanyak RM 5.00 (Lima sahaja);

(b)    Pembayaran perlu dilakukan sekali sahaja dan dibuat pembayaran kepada Biro Sumber Manusia semasa melakukan pendaftaran;

(c)    Bagi bulan pertama, ahli baru tidak perlu membuat pembayaran untuk yuran bulanan kelab;

(d)    Yuran kemasukan atau pendaftaran wajib di bayar pada hari dan tarikh permohonan.

 

 YURAN BULANAN

 

(a)   Yuran yang perlu di bayar oleh para ahli untuk setiap bulan adalah sebanyak RM 4.00 (Empat sahaja);

(b)   Pembayaran perlu dilakukan kepada Biro Ekonomi dan kewangan pada minggu pertama setiap bulan.Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada budi bicara Ketua Biro Ekonomi dan kewangan;

(c)    Kegagalan para ahli membayar yuran bulanan mengakibatkan keahlianya terbatal secara automatik.

 

   YURAN TAHUNAN

 

(a)   Yuran tahunan adalah sebanyak RM 10.00 (Sepuluh sahaja);

(b)   Pembayarannya perlu dilakukan dalam tempoh perakaunan KBKK. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada budi bicara Ketua Biro Ekonomi dan kewangan.

(c)    Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1) tahun tanpa sebarang alasan yang munsabah, Majlis Eksekutif Kelab melalui Biro Sumber Manusia berhak membatalkan keahlian ahli yang berkenaan secara automatik.

 

     *Sekiranya ahli yang telah terbatal keahliannya atau telah berhenti dari menjadi ahli tetapi berhasrat ingin kembali semula menjadi ahli, beliau perlu mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran kemasukan atau pendaftaran, yuran bulanan,yuran tahunan dan penalti (denda) sebanyak RM 20.00 (Dua puluh sahaja).Keputusan untuk meluluskan permohonan beliau tertakluk kepada keputusan pengurusan pusat kelab melalui Biro Sumber Manusia.

Make a Free Website with Yola.